Monday, January 13, 2014

I am who the lost Me is back

panjang betul mukadimah entry untuk tahun yang baru ni. apa-apa pun, i'm going to blogging again. I think, I found the Me who lost before :)



tinta penulis: please looking forward to my next entry :)

Rasional Aku Berkata

Jikalau apa yang akan aku sampaikan ini akan ada pihak yang terguris hati, aku minta maaf awal-awal. Apa yang ingin di sampaikan hanyalah luahan perasan yang dah lama terbuku, terpendam. Sebagai pelajar, membuat pinjaman PTPTN itu perkara normal. Begitu juga aku yang sama membuat pinjaman tersebut. Aku bersyukur kerana sekurang-kurangnya aku diterima sebagai pelajar IPTA dimana tidak memerlukan yuran sampai berpuluh-puluh ribu sepengajian. 

Semasa proses permohonan PTPTN dilakukan, aku dapati kelulusan permohonan pembiayaan hanya separuh sahaja daripada kawan-kawan sepengajian yang dapat pembiayaan penuh kerana kedua-dua parents bekerja dan jumlah tanggungan sikit. Tetapi aku masih bersyukur sekurang-kurangnya yuran tak perlu minta parents bayar. Dan nanti masa bayaran balik lepas tamat belajar kurang sikit daripada kawan-kawan yang lain. 

1 semester, selepas ditolak dengan yuran pengajian setiap awal semester, jumlah bersih diterima yang dimasukkan dalam akaun Bank Islam aku hanya sekadar RM700++ tetapi tidak melebihi RM800. Nak dibandingkan dengan kawan lain, mereka dapat dalam RM2000 (setelah tolak yuran) setiap awal semester. Mmg jauh jumlah nya dari apa yang aku dapat tapi still aku bersyukur sekurang-kurangnya tidak lah terbeban sangat nak minta duit parents bayar itu ini. 

Awal2 semester, dgn duit yang ada, aku beli dulu buku-buku teks yang perlu aku pakai bagi semester tersebut. Buku-buku teks bagi subjek2 yang aku ambil mmg mahal. Paling2 murah 1 semester habis hanya semata beli buku teks dalam RM300++ hingga RM400++. Kira2 dalam 2/3 daripada duit PTPTN yang aku terima hanya fokus kepada buku teks. Itu tak termasuk dgn manual2 yang perlu dibeli, yuran kelab itu kelab ini yang perlu dibayar, belanja makan seharian lagi. 

Jujur kata mmg dgn jumlah duit PTPTN yang diterima tu tak mencukupi utk aku tanggung perbelanjaan 1 semester aku. Tapi aku berjimat sungguh2. Ada yang sampai kata aku ni berkira sangat. Senang la tuan yang berkata jika dia tidak berada di tempat aku. Mungkin ada yang tidak tahu, kadang-kadang bulan pertama pengajian sudah abis duit PTPTN digunakan untuk membeli dan membayar apa yang perlu. 

Bayangkan dengan apa perlu aku guna untuk tampung belanja yang berbaki lagi 3 bulan lebih tanpa duit PTPTN. Tetapi, Alhamdulillah, parents aku kirim duit setiap bulan. Dengan ini, ada jugalah duit untuk digunakan. Dengan duit yang ada pun aku perlu berjimat kerana aku tiada duit tambahan lain. Bukan seperti kawan-kawan, walau adanya duit PTPTN, some of them, masih ada parents yang kirim duit untuk mereka setiap bulan. 

Apa yang lebih aku nak utarakan ialah, bila penerima PTPTN yang menerima jumlah amaun yang lebih daripada aku tetapi hidup umpama amaun yang diterima tu lagi skit daripada aku. Dengan buku teks smpi hujung semester tak terbeli, nota xde, past year da nak final baru ada, yuran itu ini tak terbayar. Mana perginya wang pinjaman yang diterima. 

Sekadar RM300-RM400 daripada RM2000 yang diterima berapa sangatlah jumlahnya. Masih ada lagi baki duit untuk dibelanjakan ke arah lain. Nak kata keluarga tak mampu, ada lebih mampu dari keluarga aku. Anak tunggal, anak bongsu. Nak kata duk rumah sewa, padahal duk pulun join aktiviti itu ini kejar merit semata2 nak duduk kolej. Mana rasionalnya? 

Aku bole terima kalau duit PTPTN tu bagi kepada keluarga yang lebih memerlukan @ bayar sewa ruma @ atau ada kecemasan yang bole diterima rasional nya. Yang tak boleh terima dek akal apabila aku dapat tahu dengan duit PTPTN digunakan untuk perkara yang tidak sepatutnya. Contoh, beli sematfone, beli rokok, baju branded, kasut mahal, beg baru. Padahal benda-benda itu bukan keperluan. Tapi sekadar keinginan sahaja. 

Bila diminta untuk bayar duit salinan nota yang tidak smpi RM5 pun da berkira. Padahal makan mekdi selang shari, tak kesah dgn cukai yang dikenakan sanggup pula bayar. Bagi aku lebih baik makan nasi lauk ayam dgn sayur yang paling mahal kene charge pun juz RM5 tanpa sebarang cukai atau servis terselindung. 

Kadang-kadang terfikir apakah mereka ini tidak malu pada kawan2 yang berasal daripada keluarga kurang berada, yang mana duit PTPTN mereka disalur kan kepada keluarga dan dalam masa yang sama mereke mencari duit dengan kerja-kerja sampingan yang boleh lakukan semata-mata untuk menanggung kos perbelanjaan hidup. 

Aku berkata-kata kerana aku juga bergitu. Bukan kerana keluarga kurang berada cuma aku belajar untuk lebih berdikari, dan elak daripada utuk meminta2 daripada ibu bapa akan benda yang bole dicari dgn usaha sendiri. Mungkin ada yang membaca ini berkata, ‘alah, die ni jeles ni’. Aku x jeles ok. Tak de kuasa nak jeles. Tetapi aku cuma terfikir, kenapa ada yang mensia-siakan peluang yang ada dan tidak mempergunakannya  dijalan yang betul padahal masih ramai yang memerlukan pembiayaan PTPTN ni tetapi cuma tiada rezeki mereka. 

Jika hendak dijadikan hukum syarat agama Islam, makruh sekiranya wang pinjaman yang sepatutnya digunakan untuk tujuan belajar tetapi kita gunakan ke arah yang berlainan. apa yang menjadi persoalan disini sekali lagi, apakah sebenarnya nilai wang pembiayaan PTPTN dimata para pelajar IPT ini? Adakah dengan adanya pembiayaan ini mereka lupa diri dan enjoy sepuas2 nya? Adakah mereka masih dengan niat betul dalam membelanjakan pinjaman yang diterima? Renung-renungkan dan selamat berfikir  dengan munasabah.


tinta penulis: berfikir banyak kali gara-gara modul kewangan masa depan weekend baru-baru ni

Thursday, December 27, 2012

hilang

lama sudah tidak di kunjungi laman ini.

aku hilang bukan bersembunyi tetapi kesibukan menjalani arus kehidupan yang deras buat masa ini.

aku hilang; juga. hilang diri yang mempunyai kata-kata untuk di sumbangkan dalam dunia blog ini.

aku kagum dengan penulisan aku yang dulu.

aku rindu aku yang dulu.

perlu ku toleh ke belakang semula untuk mencari aku yang hilang.



tinta penulis: mohon kalian menunggu aku. perlu masa untuk kembali.

Wednesday, July 18, 2012

RAMADHAN kunjung kembali

akhirnya...


bulan yg paling aku rindu sesgt, tiba kembali...

sgt suke! rindu nak beribadah...

tp kali ni sgt berlainan sbb berada jauh dgn family... but hari pertama puasa sy sambut dengan family :D


notink much to say... SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK buat semua umat ISLAM :D





tinta penulis: harap Ramadhan kali ini lebih berkat dan bermakna :)

Friday, June 15, 2012

da baru rupenyer....

buat followers sekalian,


maaf la tuan empunya blog sgt la punya masa yg terhad untuk mengupdate blog kesygan dia ni...

series la syg blog ni, tp xde masa... terkejar2 uruskan itu ini...

owh ya, kini da berada du UiTM Dungun kembali, untuk semester yg ke2...

tak lama lg Ramadhan tiba... *seriesly excited nak rasa berpuasa di tempat yg lain dr uma*

well, agak terkejuz la jugak masa log in blog baru2 ni... da upgrade tu smpi blur sbentar *nmpk sgt x rajin log in* T_T

maafkan saya...


apa-apa pun, seriesly tuan empunya ada byk sgt cerita tergendala untuk d kongsi...


akhir kata *eh cpt plak ending* (sori, smbg nex entry, INSYAALLAH) semoga semua baik2 sahaja...


P/S: rindu nak aktif pos entry cam dulu T_T *israk mikraj coming in 2 more day, ready for Ramadhan sooon :D

Wednesday, April 4, 2012

i will be missing u

agak lama ruangan ini tidak ku lawat, kunjungi mahupun kemas kini...

final exam sudah beberapa hari langsai.. kini hanya menunggu perolehi keputusannya... sudah beberapa hari duduk di rumah.. berehat... minggu depan masuk fasa bekerja kembali...nanti kebosanan pula berlama-lamaan di rumah...


entri kali ini mengisahkan si dia ex-roomate ku...





nama diberi: Nurul Syaheerah Binti Che Hasnan


lahir 1993. asal Kelantan tetapi menetap di Kuantan... jurusan Diploma Kejuruteraan Kimia...

sweet, nice & talkative girl... also kind off vegetarian sbb x suke mkn ayam, daging tp ikan mkan...

pe yg aku akan rindu pd die ialah teletah nya... sumtime dye agak clumsy.. haha... and kami sama2 takut cicak tp dye tak suke semua jenis serangga... haha

kind off childish, takot akan kegelap... tp sgt la rajin mengemas... bab mengemas mmg pass kat dye je... suke gak memekak (klu dye xde, mmg sunyi la bilik) n tidur tu hobi utama dia... bgn lmbt n lmbt pegi kelas adlah hobi sterusnya bg dia... masa ni kan jd segmen ketawa d pg hari sbb time ni la dye kelam kabut berlari kesana kemari...


momen-momen bersama yg akan dirindui:

*baca komik @ majalah sama2 sambil baring
*main makeup2
*kejutkan bgn pg
*memekak sama2
*gelak2 tgk cite korea
*buat air milo + hot chocolate
*masak makanan guna microwave (mmg x jadi la kan)
*teman dye mandi waktu malam (dgr dye nyanyi smbil mandi)
*nyanyikan lagu happy birthday (masa birthday aku)
*cite pasal korean boy yg kita suke
*cite pasal ape yg kite blaja arini
*mkan sama2 hasil masakan (masa kelas kitchen aku
*makan aiskrim lepas lunch sama-sama
*pergi ceramah (then dia tidur)
*gi pantai ambik angin
*basuh baju mlm2 buta bersama
*beli makanan kat kedai ibu sama2
*kemas bilik sama2 tipa hari jumaat
*nangis sama2 kalau ada cite sedyh...


bnyak lagi yg x tertaip n teringat... ape2pun darl, i love u and miss u. u'r the best roomate that i ever had.. tq for being nice to me :D




tinta penulis: sori darl curi gambar hang tp x habaq n sory gak klu terasa... *da rindu kat kau pun*

Tuesday, March 6, 2012

musafir

musafir maknanya berpemergian atau pergi merantau...

itu yang aku lakukan... tapi cukup sekadar 1 hari 1 malam... bersama teman... melawat seorg sahabat yg baru shj kehilangan bonda nya...

dari kolej kampus dgn menaiki kereta sewa viva berwarna putih yg berplatkan huruf T pada pangkalnya, mengambil masa perjalanan selama 4 jam lebih...

lokasi; berhampiran UiTM Machang, Kelantan... melawat la juga UiTM Machang yg unik tu...

perjalanan mengujakan... pemandangan kiri kanan hijau *ikot jalan kg*

dalam 5 buah ruma juga kami singga sbb tiba di kampus dungun pd keesokan harinya, waktu tghari.... penduduk kg yg sederhana tetapi aset terpenting mereka adalah tanah @ rumah...

mmbygkan sekiranya ayah turut serta dlm trip ini pasti dia sgt teruja... sgt berbeza dgn permandangan di KL yg penuh dgn ciptaan konkrit pencakar langit dan seringkali sesak dgn kenderaan...

suasana di kg sgt damai dan tenang... kami suka berada di kampung!



tinta penulis: byk cerita ttp tidak terkarang... sesungguhnya diri ini bersyukur ke hadrat ILAHI kerana di beri peluang untuk menatap ciptaanNYA yg cukup indah. SUBHANALLAH~