Sunday, December 12, 2010

rindu sangat!

aku tak tahu apa da jadi. yang pasti aku tak telan pil, dan tak ambil benda2 yang bukan2. tapi yang pelek nye, aku rasa perasaan aku sasau giler sekarang ni! napa ye??

tak tentu arah je... aku rasa aku rindu seseorang... tapi aku tak tahu siapa gerangan yang dirindui itu... aku rasa aku nak jerit tapi tidak terluah bagai tersangkut di kerongkong suara...

tidak keruan sungguh! sungguh!

ALLAH, ku mohon padaMu, ringan kan segala apa yang bakal ku tempuhi. Amin.


tinta penulis: mungkin rindu ku pada satu2nya Yang Maha Esa dan juga kekasihnya... INSYAALLAH, tamatnya proses wajib bagi wanita itu berlalu akan ku segera berwudhu, berteleku di tikar sejadah dan mengalunkan kalimahNya...

pergi dahulu...

pernah tidak kalian berfikir;

mengapa ya orang yang baik2 ini sedikit bilangannya di muka bumi ini??

mengapa ya susah sungguh nak jumpa dengan orang yang baik??

ada lagikah orang yang baik wujud pada zaman ini??

soalan2 berbentuk begini seringkali bermain di benak fikiran ku. benarkah ujaran orang2 di kampung yang menyatakan, orang2 yang baik dan alim ni, cepat pergi kerana ALLAH sayangkan mereka dan mereka kekasih ALLAH... iyakah??

kalau benar, gerun memikirkan! tetapi mereka yang mungkin pernah jahat itu x mungkin jahat selamanya kan?? INSYAALLAH.. sama2 kita berdoa agar ALLAH beri hidayat kepada mereka2 yang gelap hatinya didbukakan pintu hatinya dan diberi hidayat, petunjuk dan bimbingan ke jalan yang benar...

orang yang baik itu tidak semestinya baik selamanya... dan yang jahat itu tidak semestinya serba serbi jahat kerana manusia ada hati, perasaan, akal dan nafsu...


tinta penulis: berusaha menjadi dan mencari yang terbaik!

Saturday, December 11, 2010

Dia Yang Maha Berkuasa

Jangan dipersalahkan diriNya
Sekiranya ada perkara yg salah

Jangan tudingkan jari padaNya
Sekiranya ada yg dirancang tidak menjadi

Jangan bersungut padaNya semata-mata
Sekiranya cabaran itu tak mampu ditempuhi

Jangan menuduh diriNya yg bukan2
Sekiranya malas berusaha untuk merebut kejayaan

Sesungguhnya yg salah dan silap itu pasti ada hikmahnya
Sesungguhnya Dia Yang Maha Menentukan
Sesungguhnya Dia Yang Berhak Menguji hambaNya
Sesungguhnya usaha itu tangga kejayaan


tinta penulis: tempuhilah tiap dugaan yg mendtng dgn kesabaran dan keimanan. jgn mudah putus asa! gandakan usaha itu. yg wajib jgn tinggal, yg sunat diamalkan :D

Thursday, December 9, 2010

:D

senyum jangan lupa!