Sunday, December 12, 2010

rindu sangat!

aku tak tahu apa da jadi. yang pasti aku tak telan pil, dan tak ambil benda2 yang bukan2. tapi yang pelek nye, aku rasa perasaan aku sasau giler sekarang ni! napa ye??

tak tentu arah je... aku rasa aku rindu seseorang... tapi aku tak tahu siapa gerangan yang dirindui itu... aku rasa aku nak jerit tapi tidak terluah bagai tersangkut di kerongkong suara...

tidak keruan sungguh! sungguh!

ALLAH, ku mohon padaMu, ringan kan segala apa yang bakal ku tempuhi. Amin.


tinta penulis: mungkin rindu ku pada satu2nya Yang Maha Esa dan juga kekasihnya... INSYAALLAH, tamatnya proses wajib bagi wanita itu berlalu akan ku segera berwudhu, berteleku di tikar sejadah dan mengalunkan kalimahNya...

pergi dahulu...

pernah tidak kalian berfikir;

mengapa ya orang yang baik2 ini sedikit bilangannya di muka bumi ini??

mengapa ya susah sungguh nak jumpa dengan orang yang baik??

ada lagikah orang yang baik wujud pada zaman ini??

soalan2 berbentuk begini seringkali bermain di benak fikiran ku. benarkah ujaran orang2 di kampung yang menyatakan, orang2 yang baik dan alim ni, cepat pergi kerana ALLAH sayangkan mereka dan mereka kekasih ALLAH... iyakah??

kalau benar, gerun memikirkan! tetapi mereka yang mungkin pernah jahat itu x mungkin jahat selamanya kan?? INSYAALLAH.. sama2 kita berdoa agar ALLAH beri hidayat kepada mereka2 yang gelap hatinya didbukakan pintu hatinya dan diberi hidayat, petunjuk dan bimbingan ke jalan yang benar...

orang yang baik itu tidak semestinya baik selamanya... dan yang jahat itu tidak semestinya serba serbi jahat kerana manusia ada hati, perasaan, akal dan nafsu...


tinta penulis: berusaha menjadi dan mencari yang terbaik!

jelak!

dunia hampir kiamat! ini fakta!

kali ini memang sangat terisi oleh perasaan hiba dan sayu aku...

setiap hari aku ikuti perkembangan dunia. dunia semakin parah dengan manusia yang berbagai ragam. bumi semakin tua dan tenat.

cukup sampai situ...


yang ingin ku luah kan adalah perilaku penduduk bumi ini. makin hari, makin teruk nilainya! merudum umpama ekonomi dunia! manusia kini tidak lagi segan mahupun malu melakukan sebarang kesilapan, kesalahan mahupun dosa! tidak kenal mana yang baik atau yang buruk!

aku cukup muak, jijik, jelak dan segala bagai! semua cukup memualkan! tahap muntah hijau agaknya jika digambarkan! perasaan malu itu berkurangan tetapi bangga, suka, gembira dan sangat mengagungkan bila melakukan perkara yang haram. pelek bukan??

tak paham sungguh aku! aku sedih bila lihat tingkah laku mereka yang berupa seperti mereka yang tidak punya agama!

aku hanya mampu mohon padaNya supaya mereka ini dikurnia kan hidayat dan dilindungi daripada api neraka di akhirat kelak. aku hanya pohon itu. seringkali aku bermimpi mereka yang aku sayang senyum pada ku dengan pakaian serba putih dan bercahaya. aku berharap hari itu akan tiba. INSYAALLAH.



tinta penulis: jika tidak paham, tidak apa... kalian tidak alami perkara sedemikian. aku lihat semua itu, hati jadi sebak!

Saturday, December 11, 2010

PLKN

ni bukan mengenai diri aku yg akan masuk PLKN tp, cerita segelintir pihak yg memandang serong pd anak2 remaja yg terpilih ke PLKN...

bila si encik ini mendapat tau anak jiran nya mendpt PLKN, dia membuat ulasan di depan kami. katanya:

"siapa yg terpilih PLKN ni sume bdk2 yg x aktif, yg kelas ujung, yg nakal2, yg x berbudi. sbb tu la dorg ni terpilih. nak bg polish up otak dorg tu. biar jd berguna!"

trus terang, aku da makan dalam time tu! PANAS wo! tp tahan dan diam je la kan ...

skang aku pula nak ulas:

-salah ya jika budak2 kelas depan, mereka yg aktif, mereka yg skema, mereka yg berbudi itu juga terpilih??

-salah juga kan kalau masih ada lg mereka2 di luar sana, yg konon pandai, aktif, baik tp perangai kalah mereka yg diperkatakan td??

hah! ini silapnya masyarakat kita! mudah melabelkan remaja kini sesuka hati. sebgi remaja, dan juga salah seorg peserta PLKN sesi 2011, perkara itu semua da kecik kan hati kami ok!

jgn duk sng2 tuding jari kat anak org dan kata yg mereka teruk padahal anak sendiri pun 2x5! parents perlu la prihatin perihal anak2 masing! jgn lepas tgn! (da lari tajuk)

(masuk balik tajuk) tujuan kerajaan memperkenalkan PLKN adalh utk mmperkukuhkan lagi jati diri anak2 muda dan mmbekalkan mereka dgn pengalaman yg x dapat diluar selain untuk berkhdmat pd masyarakat. bagi aku, mereka yg terpilih itu bertuah! ya, sgt bertuah! toksah la terasa beban dgn benda ni sume!

klu di Korea, latihan ketenteraan mereka selama 3 tahun dan wajib bg org lelaki yg berumur (*x tau). di Malaysia 3 bulan je beb! elaun pun masok! ok la dr xde kan (wlupun skit) jd manusia kene blaja bersyukur!

jadi, pakcik2 kat luar kne la paham oi konsep PLKN.. jgn main tembak je bicara tu... kesian mereka yg naif lg x bersalah di perkatakan...



tinta penulis: harap maaf andai ada yg terasa @ terguris. ini sekadar luahan...

Dia Yang Maha Berkuasa

Jangan dipersalahkan diriNya
Sekiranya ada perkara yg salah

Jangan tudingkan jari padaNya
Sekiranya ada yg dirancang tidak menjadi

Jangan bersungut padaNya semata-mata
Sekiranya cabaran itu tak mampu ditempuhi

Jangan menuduh diriNya yg bukan2
Sekiranya malas berusaha untuk merebut kejayaan

Sesungguhnya yg salah dan silap itu pasti ada hikmahnya
Sesungguhnya Dia Yang Maha Menentukan
Sesungguhnya Dia Yang Berhak Menguji hambaNya
Sesungguhnya usaha itu tangga kejayaan


tinta penulis: tempuhilah tiap dugaan yg mendtng dgn kesabaran dan keimanan. jgn mudah putus asa! gandakan usaha itu. yg wajib jgn tinggal, yg sunat diamalkan :D

jangan! faham??

terlebih dahulu ku utarakan kata maaf yg ikhlas sekiranya post ini akan membuat sape2 terasa. terkecik @ termakan hati.. harap maaf.

kepada mereka yg lebih tua dr aku, x punya apa2 prtalian dgn aku, n berjantina LELAKI, tolong lah, tolong lah saya merayu di sini memohon agar kalian kurgkan penggunaan bahasa yg tidak berbudi itu. aku ulang lg, yg tidak berbudi! yg mana langsung x terjumpa makna @ ayat tersebut di mana2 kamus yg di jual di pasaran.

aku sgt la, SANGAT2 alah dgn mereka yg selamba badak menggunaka kata2 kasar yg berunsur maki hamun mencarut sperti: b***, f***, ci***, su**, si** dan seangkatan dengan nye...

sbb?? telinga aku panas ok, PANAS! bile perkataan2 itu terpaksa di serap oleh alat pendengaran aku...

itu juga membuktikan yg kalian2 ini miskin budi bahasa... aku sgt brsimpati ya! sangat! klu stakat kwn2, rakan sebaya yg rapat dan terbiasa, aku x kan mkn hati. tp, bile masuk kedai2 baju di pusat beli belah ni, bile promoter lelaki, mggunakan bahasa yg buat aku pndg rendah pd dia dan sekaligus, mematikan niat untuk berada di dlm kedai itu. harap maaf la ye...

dan lagi satu, apa function anda menggunakan bahasa2 kasar itu ketika bekerja?? rezeki lg susah mari adalah! bukan itu saja, pahala pun terbang! dan sesungguhnya kata2 sperti itu bila dituju kan kpd org lain, setelah 44 kali disebut, maka malaikat amin kan dan ia akan dibalikkan semula. hah! mahu ke??? sanggup??

jadi, sendiri ada akal, bole fikir mana baik dan buruk, so, pandai2 gunakan akal yg telah dikurnia kan ALLAH kpd umatNYA...


tinta penulis: cuba gantikan kata2 kasar itu dgn menyebut nama2 ALLAH... kan lebih elok. pahala pun dapat :D

Friday, December 10, 2010

terima kasih sbb buat aku nak nangis!

owh, si dia yg dimaksudkan bukan sesiapa yang sangat special di hati aku sahaja... malahan, di hati kalian juga... siapa dia yg dimaksudkan???

penyanyi lagu nasyid inggeris yang menjadi fenomena sekarang... siapa dia?? MAHER ZAIN...



lagu INSYAALLAH ialah lagu pertama dia, yang aku dengar di radio ikim time balik sekolah after stayback... dalam kereta... sblom azan asar... memang terpukau aku! aku sure mesti suara dia hebat bila mengaji... dan tepat jangkaan ku bila ade skali tu terdengar dia mengaji...

satu yg pasti, tak kira lagu atau alunan suara mengaji dia... mmg buat aku sebak! nak nangis weh! serios! (pelek kan? kalian ada rasa itu perasaan tak??)

aku tak tahu, mungkin muzik atau lirik atau suara dia, aku tak tau yg mana satu tp mmg ada aura yg merangsang perasaan hiba, seba dan sedih pada aku! insaf pun ada!

belum ada sapa2 lg yg bole buat camtu kat aku!

aku solute la MAHER ZAIN! itu buah hati aku yg baru! (syok sendiri)


p/s: bole x dpt bf @ suami mcm dia di zaman akan dtng??? :D




-dengar dan hayatilah lirik dari lagu2 MAHER ZAIN-

Thursday, December 9, 2010

hari pertama......

hari pertama masuk tadika:
-mlm sebelum hari itu tiba, excited giler! siap kemas beg isi kotak pensel
-isi beg dgn anak patung! (sgt x bole blah)
-malu2 dan berat mulut nak tegur ngan kwn2
-time rehat, cek beg, patung tu da xde!!! blek uma, laaa..... kat uma! skali mak tegur mlm tu ckp "gi skola x bole bwk mainan".
-masok tido dgn muke frust padahal kat tadika tu byk je mainan!


hari pertama masuk sekolah rendah (SK SERI SETIA:
-ditemani ayah
-skali ade muke salah sorg clasmate, ayah dye familiar giler! rupenye ESMA DANIEL... anak die HARITH DANIEL... comel ok! haha (aku da x tau mne dye skang. series kami rapat dulu!)
-org pertama aku kwn is FARAH EMILIA (berdarah cina-melayu) duk sebelah aku tuh!
-maseh malu2... hanya berckp dgn org sebelah...
-dibawa ronda satu skola oleh guru kelas (PN WONG-cikgu bm&mt)


hari pertama di SK TAMAN PUTRA PERDANA:

-macam rusa masuk kampung! x kenal sape2 melainkan family sendiri
-nama x de dlm list pelajar TAHUN 5
-cikgu punye cari, skali kelas 5B
-duk sblh ABESHA CRYSTAL
-ditegur oleh FARINA & ATIQAH EMIRA (yg duk blakang aku time tu)


hari pertama di SMK PUCHONG UTAMA (2):
-duk kat dewan, lama giler.. orientasi...
-kelas 1G... time tu hanya kenal Hadi & Hani je dlm kelas tu
-duk sblh NURUL ASHIQIN (sgt kecoh N byk mulut)
-lepas time rehat! bole sesat ok (x tau mne satu klas aku!)
-hari pertama yg pleng penat dlm sesi persekolahan sbb mencari klas!


hari pertama kerja?? x tau plak cme... hehe.... :D

:D

senyum jangan lupa!