Sunday, December 12, 2010

jelak!

dunia hampir kiamat! ini fakta!

kali ini memang sangat terisi oleh perasaan hiba dan sayu aku...

setiap hari aku ikuti perkembangan dunia. dunia semakin parah dengan manusia yang berbagai ragam. bumi semakin tua dan tenat.

cukup sampai situ...


yang ingin ku luah kan adalah perilaku penduduk bumi ini. makin hari, makin teruk nilainya! merudum umpama ekonomi dunia! manusia kini tidak lagi segan mahupun malu melakukan sebarang kesilapan, kesalahan mahupun dosa! tidak kenal mana yang baik atau yang buruk!

aku cukup muak, jijik, jelak dan segala bagai! semua cukup memualkan! tahap muntah hijau agaknya jika digambarkan! perasaan malu itu berkurangan tetapi bangga, suka, gembira dan sangat mengagungkan bila melakukan perkara yang haram. pelek bukan??

tak paham sungguh aku! aku sedih bila lihat tingkah laku mereka yang berupa seperti mereka yang tidak punya agama!

aku hanya mampu mohon padaNya supaya mereka ini dikurnia kan hidayat dan dilindungi daripada api neraka di akhirat kelak. aku hanya pohon itu. seringkali aku bermimpi mereka yang aku sayang senyum pada ku dengan pakaian serba putih dan bercahaya. aku berharap hari itu akan tiba. INSYAALLAH.



tinta penulis: jika tidak paham, tidak apa... kalian tidak alami perkara sedemikian. aku lihat semua itu, hati jadi sebak!

No comments:

Post a Comment