Thursday, January 27, 2011

pengalaman baru (1)

perantau yang sudah boleh biasakan diri berjauhan dengan keluarga, rakan, katil dan segala bagai harta yang telah membuatkan dirinya selesa dengan persekitaran. itulah aku.

pengalaman yang berjaya di kutip? banyak sekali. tidak terdaya hendak menaip. berhasil mendapat kerja walaupun sebelum berbagai halangan yang datang...

A&W, nama restoran tempat aku bekerja. 24 jam. drive-thru restoran. di Seremban. staff lelaki lagi ramai. tidak dinafikan... dan yang paling tidak boleh nak percaya, hampir semua mereka sebaya dengan aku! jika teringat, pasti gelak tak sudah la...

mereka semua ramah giler! baru 2 hari kenal, suasana macam family! best la... tak la bosan... thumbs up untuk kalian!!! having fun working there :D


tinta penulis: INSYAALLAH, akan sedaya upaya bekerja dengan penuh dedikasi...

dia pergi untuk selamanya

21 Januari 2011, selepas setahun 20 hari pemergian atuk kesayangan, makcik kesayangan (anak sulung arwah atuk) pula menyusul pemergiann nya...

aku tahu dia berada dikalangan mereka yang beriman. INSYAALLAH....



AL-FATIHAH....


tinta penulis: aku tidak akan lupa jasa arwah yang selalu mengingatkan aku supaya tidak lupa solat harian wajib ditunaikan...

Tuesday, January 4, 2011

merantau la....

esok... ya esok... aku mahu pergi jauh! jauh dari rumah, jauh dari family, jauh dari kawan2... tapi masih dekat. ya masih lagi dekat. ok, cukup putar belit! aku masih berada dalam negara Malaysia... dan berjarak tidak lebih drpd 70 km dari kalian...

esok mulakan perjalanan, ya mungkin dihantar emak kesayangan ke lokasi sekian, sekian, dan sekian ataupun menapak sendiri melalui penganngkutan awam yang mungkin padat dan panjang itu...

kemudian, setelah mendapat kebenaran menumpang dibilik kosong itu di rumah dinda emak, mungkin menginap disana sehingga puas hati merantau...

mencari pengalaman... bekerja di tempat yang tidak langsung kenal sekitarnya, orangnya mahupun caranya... berusaha berkejar ke sana ke mari mahu mengisi masa dari terbuang... membuang kebosanan dan lakukan kerana Dia Yang Satu..

itu antara azam aku... berdiri sendiri dengan hanya sokongan dari orang2 tersayang... 18 tahun, umur yang sepatutnya dan seharusnya belajar untuk lakukan semuanya dengan sendiri... aku cuba yang terbaik supaya aku dapat ketenangan dan rahmat olehNya serta riak muka gembira akan kejayaanku dari mereka yang disayangi kelak!



p/s: keterujaan pasti sangat! doakan aku kalian! pasti aku tidak lupa mendoakan kalian juga~