Tuesday, January 4, 2011

merantau la....

esok... ya esok... aku mahu pergi jauh! jauh dari rumah, jauh dari family, jauh dari kawan2... tapi masih dekat. ya masih lagi dekat. ok, cukup putar belit! aku masih berada dalam negara Malaysia... dan berjarak tidak lebih drpd 70 km dari kalian...

esok mulakan perjalanan, ya mungkin dihantar emak kesayangan ke lokasi sekian, sekian, dan sekian ataupun menapak sendiri melalui penganngkutan awam yang mungkin padat dan panjang itu...

kemudian, setelah mendapat kebenaran menumpang dibilik kosong itu di rumah dinda emak, mungkin menginap disana sehingga puas hati merantau...

mencari pengalaman... bekerja di tempat yang tidak langsung kenal sekitarnya, orangnya mahupun caranya... berusaha berkejar ke sana ke mari mahu mengisi masa dari terbuang... membuang kebosanan dan lakukan kerana Dia Yang Satu..

itu antara azam aku... berdiri sendiri dengan hanya sokongan dari orang2 tersayang... 18 tahun, umur yang sepatutnya dan seharusnya belajar untuk lakukan semuanya dengan sendiri... aku cuba yang terbaik supaya aku dapat ketenangan dan rahmat olehNya serta riak muka gembira akan kejayaanku dari mereka yang disayangi kelak!



p/s: keterujaan pasti sangat! doakan aku kalian! pasti aku tidak lupa mendoakan kalian juga~

No comments:

Post a Comment