Tuesday, March 6, 2012

musafir

musafir maknanya berpemergian atau pergi merantau...

itu yang aku lakukan... tapi cukup sekadar 1 hari 1 malam... bersama teman... melawat seorg sahabat yg baru shj kehilangan bonda nya...

dari kolej kampus dgn menaiki kereta sewa viva berwarna putih yg berplatkan huruf T pada pangkalnya, mengambil masa perjalanan selama 4 jam lebih...

lokasi; berhampiran UiTM Machang, Kelantan... melawat la juga UiTM Machang yg unik tu...

perjalanan mengujakan... pemandangan kiri kanan hijau *ikot jalan kg*

dalam 5 buah ruma juga kami singga sbb tiba di kampus dungun pd keesokan harinya, waktu tghari.... penduduk kg yg sederhana tetapi aset terpenting mereka adalah tanah @ rumah...

mmbygkan sekiranya ayah turut serta dlm trip ini pasti dia sgt teruja... sgt berbeza dgn permandangan di KL yg penuh dgn ciptaan konkrit pencakar langit dan seringkali sesak dgn kenderaan...

suasana di kg sgt damai dan tenang... kami suka berada di kampung!



tinta penulis: byk cerita ttp tidak terkarang... sesungguhnya diri ini bersyukur ke hadrat ILAHI kerana di beri peluang untuk menatap ciptaanNYA yg cukup indah. SUBHANALLAH~

Saturday, March 3, 2012

untuk awak

dear awak,

saya sayang family saya lebih dari sayang sesiapa. tapi sayang yg paling penting saya adalah untuk ALLAH, agama saya dan Nabi saya. saya sayang kawan-kawan saya juga tapi sayang kepada ibu bapa saya mendahului sayang saya kepada mereka.

awak jangan salah faham. saya sayang awak juga. saya sayang semua umatNYA. saya tiada hak nak membenci sesiapa. saya tahu saya hanya insan yang kerdil di sisiNYA. saya tak lari dari membuat salah dan silap mahupun dosa kerana saya hanya manusia biasa.

saya sentiasa berdoa agar kita sama mendapat keredhaan dariNYA dunia mahupun akhirat. awak, kita tak tahu bila jodoh, pertemuan, ajal dan maut itu datang. kita sentiasa kena berusaha untuk buat yang terbaik.

saya takut bila tengok masyarakat sekarang yang semakin lemas dengan budaya. adakalanya saya pun terikut tetapi saya terpaksa awak. saya masih tahu membezakan yang mana baik dan buruk. Alhamdulillah, setakat ini saya di lindungiNYA dari melakukan perkara mungkar.

tetapi awak, saya masih takut. saya masih tetap tidak boleh lari dari membuat dosa. kadang kala saya rasa kecil sangat diri saya ini bila di bandingkan dengan anak-anak Palestin yang hidup umpama pelarian di negara sendiri.

saya masih tak mensyukuri nikmat dan kudrat yang diberikan kepada saya, malahan sering kali mengeluh jika ada kekurangan itu dan ini. tetapi anak-anak kecil di bumi Gaza itu cukup kuat jiwa dan raga mereka untuk mengorbankan harta benda demi menyelamatkan negara mereka malah mereka tidak takut mati!

saya malu awak. saya malu dengan diri sendiri. saya malu dengan anak-anak kecil itu. saya malu lebih lagi terhadap PENCIPTA saya.

awak, saya bersyukur sangat2. sekurang-kurangnya saya amat bertuah kerana saya di beri peluang untuk bertaubat & saya masih mampu menghirup udaranya. saya juga bersyukur sesungguhnya saya di antara insanNYA yang terpilih kerana saya memperoleh masa untuk memohon kemaafan dariNYA. setidak-tidaknya saya tidak tergolong di kalangan mereka yang sesat.

sesungguhnya awak, apa yang saya alami ini merupakan pengalaman yang terindah buat saya. INSYAALLAH, dengan kudrat yang dibekalkan, saya akan lakukan terbaik mungkin untuk agama saya. doakan saya awak.

your dear,
saya.



tinta penulis: berusaha dan berusaha mendapatan keredhaanNYA...

Friday, March 2, 2012

sedang berkejar untuk dunia & akhirat....




tinta penulis: masih byk hutang dgn Yang Maha Besar yg masih blom terlaksana... mudah2an sempat...